Selepas menggigit penduduk Ular sawa itu telah digoreng..

Ular sawa itu telah digoreng

INDONESIA – Seorang lelaki cedera parah di tangan selepas digigit seekor ular jenis sawa batik sepanjang lebih kurang tujuh meter ketika cuba menangkap haiwan reptilia itu, Sabtu lalu.
Dalam kejadian di Desa Belimbing di Indragiri Hulu, wilayah Riau, Robert Nababan, 37, cuba menangkap ular sawa tersebut namun menyebabkan tangannya digigit sehingga mengalami luka yang sangat serius.
Jurucakap polis, Sutarja berkata, mangsa yang cedera parah terus dibawa ke hospital oleh penduduk dan keadaannya dilaporkan stabil serta masih menerima rawatan di sebuah rumah sakit di Indah Sari, Permatang Rebah, Riau.
Menurut keterangan penduduk, lebih kurang jam 6 petang Sabtu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis bekerja sebagai pengawal keselamatan di ladang sawit.
Selepas menggigit penduduk Ular sawa itu telah digoreng..

 

Selepas menggigit penduduk Ular sawa itu telah digoreng..
Selepas menggigit penduduk Ular sawa itu telah digoreng..
Ketika menunggang motosikalnya, mangsa ternampak ada dua orang yang berhenti di tengah jalan kerana melihat seekor ular yang sangat besar.
Bimbang haiwan itu menganggu/mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain, mangsa bergegas turun dari motosikalnya dan cuba menangkap ular itu. Ketika mangsa menyentuh haiwan itu, tiba-tiba ular itu bertindak balas dan menyerangnya menyebabkan berlaku pergelutan.
“Robert pada mulanya berjaya menangkap kepala ular itu dan cuba memasukkan haiwan berkenaan ke dalam guni. Bagaimanapun, ular itu tiba-tiba menggigit tangan Robert, menyebabkan dia cedera parah,” jelas Sutarja.
Seorang pengguna Facebook, Risdawaty Nababan, kemudian memuat naik keadaan terkini mangsa dan gambar ular sawa yang berjaya ditangkap dan dibunuh.
Selepas menggigit penduduk Ular sawa itu telah digoreng..
Selepas menggigit penduduk Ular sawa itu telah digoreng..
“Menurut laporan yang diterima, ular itu sudah digoreng dan dimakan bersama-sama oleh penduduk,” kata Sutarja.

Comments

comments

Loading...