Monday, December 11Kompilasi Info Viral Terkini

Jutaan Peminat Tertarik Dengan Gelagat dua artis Hollywood ini

Kongsikan Artikel Ini..!

...

 

Mempunyai peminat sendiri pastinya satu perasaan yang hebat. Mana tidaknya ke mana sahaja kita pergi semua orang akan tertumpu kepada kita dan setiap apa yang kita lakukan akan mendapat perhatian mereka. Bagi yang suka akan perhatian pastinya akan menikmati detik-detik itu. Memiliki peminat memang menyeronokkan tambahan lagi jika pasangan kita merupakan peminat  nombor satu kita!

Semasa penyanyi terkenal artis HollywoodKeith Urban melancarkan album kelapannya, “Ripcord,” dia dan isteri yang juga seorang artis terkenal Nicole Kidman telah merakamkan ‘klip video’ dengan gaya mereka yang tersendiri di dalam kereta yang dipandunya. Melihat akan gelagat dua orang artis yang bersahaja ini pasti akan membuatkan sesiapa pun akan cair hati melihatnya. Nampaknya mereka benar-benar serasi bersama!

artis Hollywood

Klip video yang melucukan itu telah dimuat naik oleh Keith di halaman Facebooknya. Klip video itu menampilkan dirinya dan Nicole yang sedang duduk di dalam kereta mereka semasa single pertama dari albumnya itu yang mula dimainkan.

“Oh Tuhan saya, saya suka lagu ini!” Nicole menjerit kegembiraan. Lagu tersebut berjudul “The Fighter,” dan ia  merupakan lagu duetnya dengan Carrie Underwood. Jadi, dalam versi mereka ketika itu, Nicole menyanyikan rangkap lagu yang seharusnya dinyanyikan oleh Carrie.

Tidak lama kemudian video duet mereka telah ditonton lebih daripada 71 tontonan di Facebook! Nampaknya begitu ramai yang sangat meminati kedua-dua orang artis ini.

Jutaan Peminat Tertarik Dengan Gelagat dua artis Hollywood ini

Nicole dilihat bersahaja dengan beberapa gaya tangan yang dilakukan sepanjang lagu dimainkan. Nampaknya dia benar-benar menikmati lagu tersebut!

Jutaan Peminat Tertarik Dengan Gelagat dua artis Hollywood ini

Sumber: Facebook

Tonton video mereka di bawah dan anda pasti akan tersenyum melihat gelagat comel mereka berdua!

 

DMCA.com Protection Status

Kongsikan Artikel Ini..!

Comments

comments

  Dapatkan Ebook Percuma
Dapatkan Ebook Percuma
* we hate spam and never share your details.
×