Monday, December 11Kompilasi Info Viral Terkini

Faizal Tahir Tercalon Lagi Untuk MTV EMA!

Kongsikan Artikel Ini..!

...

KEJAYAAN penyanyi yang digelar sebagai ‘Superman’ Malaysia kini bertambah menyerlah apabila dia sekali lagi dicalonkan dalam MTV Europe Music Award (EMA) 2017.

Kali ini, Faizal Tahir telah dicalonkan menerusi kategori Artis Asia Tenggara Terbaik(Best Southeast Asia Act Award) 2017.

Faizal bakal bersaing dengan Isyana Sarasvati (Indonesia), The Sam Willows (Singapura), Slot Machine (Thailand), Palitchoke Ayanaputra (Thailand), James Redi (Filipina) dan Dam Vinh Hung (Vietnam).

Menerusi entri terbaharunya di Instagram, Faizal turut sempat ‘menyelit’ bahawa pengundian kategori itu bakal berakhir pada 11 November ini.

“Saya tahu ianya agak terlambat untuk posting ini, tapi saya percaya, ianya takkan pernah lambat untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang sudah mengundi saya untuk dicalonkan bagi anugerah MTV EMA tahun ini,” tulisnya di ruangan caption.

Ketika ditemui di Majlis Sidang Media Skim Latihan 1Malaysia(SL1M) di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur pagi tadi, Faizal memberitahu bahawa dia berasa terharu kerana dapat dicalonkan dan akan bersaing dengan penyanyi hebat dari negara lain.

“Menang atau kalah, itu belakang cerita. Asalkan saya dah tercalon, itu dah jadi kebanggan untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Majlis MTV EMA itu bakal diadakan di London pada 13 November ini dan akan menampilkan Rita Ora sebagai pengacara majlis.

Sebelum ini, Faizal juga pernah dicalonkan untuk kategori yang sama sewaktu penganjuran MTV EMA 2015 yang lalu.

Namun, belum sampai rezeki buat Faizal untuk memenangi pertandingan itu apabila dia telah tewas kepada penyanyi dari Vietnam, Son Tùng M-TP.

Anugerah MTV EMA telah dianjurkan setiap tahun bagi memberi penghargaan kepada para pemuzik dan juga untuk para penghibur.

Semoga tahun ini, tuah akan menyebelahi kepada Faizal Tahir. Dengan kejayaan Faizal dicalonkan untuk kategori itu, sekali lagi nama Malaysia sudah dikenali dipersada antarabangsa.

DMCA.com Protection Status

Kongsikan Artikel Ini..!

Comments

comments

  Dapatkan Ebook Percuma
Dapatkan Ebook Percuma
* we hate spam and never share your details.
×