Monday, December 11Kompilasi Info Viral Terkini

Mak dipukau 4 individu, hilang duit dan 3 cincin emas

Kongsikan Artikel Ini..!

...
Mohon semua warga Banting berhati-hati. Mak aku baru je dipukau dua lelaki dan dua perempuan pada 8 November, jam 12.30 tengah hari.
Aku namakan watak dalam cerita ini, perempuan A dan perempuan B. Untuk lelaki, ada seorang driver dan seorang lelaki muda. Lelaki muda ini tak banyak memainkan peranan.
Dipendekkan cerita, mak aku tengah memilih roti. Perempuan A tanya mak aku, di mana ‘kedai toto’. Mak aku ingatkan perempuan itu bertnaya di mana kedai yang ada jual toto tilam itu. Rupanya perempuan itu nak pergi ke kedai toto (nombor) ekor sebab nombor dia ‘kena’ dan dia dapat RM200,000.
Tiba-tiba perempuan B datang menghampiri mereka. Dia kata suaminya pemandu lori, so suami dia tahu di mana kedai toto. Masa itu mak aku dah tak ambil pusing dengan apa yang mereka bualkan. Tiba-tiba perempuan B itu menawarkan diri untuk membantu perempuan A itu pergi ke kedai toto untuk mengambil duit RM200K itu. Dia ajak mak datang sekali.
Entah macam mana, mak boleh pula senang-senang nak mengikut mereka. Kereta mak pula tinggal di Giant dan mak naik kereta mereka. Masa ini mak aku dah kena pukau.
Mereka parking kereta di depan kedai Toto. Driver masuk ke dalam kedai Toto. Selepas beberapa minit kemudian, dia keluar dengan cek, konon-kononnya cek dari kedai Toto. Driver beritahu, kalau nak dapatkan duit RM200K itu, kena bayar 10% pada kedai Toto. Mak aku manalah tahu benda-benda Toto ini macam mana.
Mereka kena dapatkan RM20,000 untuk clearkan cheque itu dan mereka minta duit mak, barang kemas mak. Mak aku beri cincin, tapi pelik sebab cincin itu ketat. Tapi mak aku boleh berusaha nak keluarkan cincin itu. Masa ini mak aku cakap dia macam sedar yang dia keluarkan cincin itu. Dia boleh berfikir tetapi tak tahu kenapa tangan boleh pula hulurkan cincin dan duit dia.
Mereka bawa mak pergi ke CIMB Banting untuk pajakkan cincin-cincin mak aku. Tetapi masa ini mak aku dalam kereta saja. Driver keluar pergi ke CIMB. Sebelum keluar, dia minta nombor telefon mak. Yang ini pun aku tak tahu macam mana mak boleh bagi.
Selepas beberapa minit, dia call mak dari nombor 016-6701964. Dia beritahu, pihak bank suruh mak masuk ke dalam bank sebab barang kemas itu milik mak aku dan dia kena sign sekian-sekian borang. Bila mak masuk bank, mak cari driver dalam bank itu tetapi tak ada. Mak keluar semula dari bank dan tengok kereta tadi dah tak ada. Bila mak cuba call nombor tadi, tak dapat dihubungi.
Barulah mak aku sedar yang dia telah ditipu. Bila buat laporan polis, periksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Giant, suspek seperti sudah biasa dengan kawasan dalam Giant itu sebab mereka buat ‘kerja’ di tempat yang tiada CCTV. Ada lalu di tempat yang ada CCTV tetapi suspek tunduk dan mereka dipercayai warganegara Indonesia.
Mengikut rakaman CCTV selepas kaunter bayaran, mak keluar sampai ke parking seorang dan mak tak sedar pun pada masa itu. Sehingga sekarang mak aku masih ada benda yang dia ingat, ada benda yang dia lupa tentang kejadian itu.
Mak dipukau 4 individu, hilang duit dan 3 cincin emas
Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes pukau. Berhati-hatilah ye warga Banting. Elakkan keluar seorang diri sebab mak aku kena masa dia keluar seorang. Nak kata mak aku keluar pakai gelang sampai siku, tak ada pula. Mak aku baru je balik dari main badminton, selekeh bak kata mak aku.
Jangan terlalu ramah atau melayan kalau ada orang yang tidak dikenali ajak berborak atau bertanya. Please beware of any kind of body contact. Seperti dalam kes mak aku, driver itu mulut herot, leher berplaster, ada part-part badan yang berbandage. Kami agak dia saja buat begitu agar mak aku akan kerap memandang dia sebab mak aku duduk di bahagian belakang tempat duduk penumpang. Mungkin dia pukau mak melalui pandangan mata.
Cuma kami bersyukur sebab mak ditinggalkan di tempat yang ramai orang dan mak aku familiar dengan kawasan itu. Bulan lepas adik ipar aku kena di KL Sentral, kali ini mak aku pula yang kena. Jadi tak kira di mana-mana, berhati-hati dengan kes pukau ini.

DMCA.com Protection Status

Kongsikan Artikel Ini..!

Comments

comments

  Dapatkan Ebook Percuma
Dapatkan Ebook Percuma
* we hate spam and never share your details.
×