Monday, December 11Kompilasi Info Viral Terkini

Korbankan Seorang Anak Untuk Selamatkan Dua Orang Anaknya

Kongsikan Artikel Ini..!

...

Chloe Dunstan dan suaminya, Rohan, memiliki 3 orang anak lelaki. Mereka juga mempunyai keinginan untuk memiliki anak perempuan. Jadi mereka telah merancang untuk mempunyai seorang lagi anak dengan harapan anak yang bakal lahir itu ialah seorang perempuan.

Ibu Ini Diminta Korbankan Seorang Anak Perempuannya Untuk Selamatkan Dua Orang Anaknya Yang Lain

Tidak lama selepas itu Chloe telah hamil. Dia selalu memeriksa kandungannya setiap minggu untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Apbila dia membuat pemeriksaan dia mendapati dia telah mengandungkan 3 anak kembar. Chloe dan suaminya mulai mempersiapkan rumah mereka untuk menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarganya.

Ibu Ini Diminta Korbankan Seorang Anak Perempuannya Untuk Selamatkan Dua Orang Anaknya Yang Lain

Apabila Chloe melakukan pemeriksaan pada minggu yang ke-28, hasil keputusan doktor membuatkan mereka terkejut. Chloe diberitahu bahawa dia akan mempunyai dua anak lelaki dan satu anak perempuan. Semuanya lancar seperti apa yang diharapkan iaitu mempunyai seorang anak perempuan.

Ibu Ini Diminta Korbankan Seorang Anak Perempuannya Untuk Selamatkan Dua Orang Anaknya Yang Lain

Namun begitu doktor meminta Chloe untuk membuat keputusan yang akan mengubah hidupnya selamanya. Doktor mendapati kedua anak lelakinya dalam keadaan yang baik tetapi tidak anak perempuannya. Keadaan anak perempuannya makin buruk setiap hari.

Doktor memberitahu Chloe supaya melangsungkan pembedahan dengan segera untuk mengelakkan daripada anak perempuannya meninggal dunia. Tetapi pembedahan mungkin akan memberi risiko kepada kedua anak lelakinya. Chloe perlu membuat keputusan sama ada akan merisikokan kedua anak lelakinya untuk menyelamatkan anak perempuannya.

Ibu Ini Diminta Korbankan Seorang Anak Perempuannya Untuk Selamatkan Dua Orang Anaknya Yang LainIbu Ini Diminta Korbankan Seorang Anak Perempuannya Untuk Selamatkan Dua Orang Anaknya Yang LainIbu Ini Diminta Korbankan Seorang Anak Perempuannya Untuk Selamatkan Dua Orang Anaknya Yang Lain

“Ini adalah keputusan yang sangat susah. Apa yang ada di fikiranku ialah mahu kesemua bayiku. Aku tidak sangup mengorbankan anak perempuanku meskipun aku tahu kedua anak lelakiku akan terkena risiko” ujar Chloe. Chloe menolak cadangan doktor untuk mengorbankan anak perempuannya itu.

Ibu Ini Diminta Korbankan Seorang Anak Perempuannya Untuk Selamatkan Dua Orang Anaknya Yang Lain

Setelah Chloe melahirkan ketiga anaknya itu, mereka terus dibawa ke unit penjagaan rapi (ICU). Hari demi hari telah berlalu dan ketiga bayi kembar itu membesar dengan sihat.

Ibu Ini Diminta Korbankan Seorang Anak Perempuannya Untuk Selamatkan Dua Orang Anaknya Yang Lain

Chloe menamakan anak perempuannya dengan nama Pearl. Walaupun Pearl mempunyai tubuh yang kecil tetapi dia seorang yang kuat.

“Aku sangat bersyukur dan gembira kerana semuanya berjalan dengan baik. Aku tidak boleh membayangkan jika aku memilih untuk mengorbankan bayi perempuanku ini.” beritahu Chloe

Kini ketiga-tiga kembar anaknya hidup sihat bersama abang-abangnya yang lain.

Ibu Ini Diminta Korbankan Seorang Anak Perempuannya Untuk Selamatkan Dua Orang Anaknya Yang LainIbu Ini Diminta Korbankan Seorang Anak Perempuannya Untuk Selamatkan Dua Orang Anaknya Yang LainIbu Ini Diminta Korbankan Seorang Anak Perempuannya Untuk Selamatkan Dua Orang Anaknya Yang LainIbu Ini Diminta Korbankan Seorang Anak Perempuannya Untuk Selamatkan Dua Orang Anaknya Yang Lain

DMCA.com Protection Status

Kongsikan Artikel Ini..!

Comments

comments

  Dapatkan Ebook Percuma
Dapatkan Ebook Percuma
* we hate spam and never share your details.
×