Monday, December 11Kompilasi Info Viral Terkini

Tadika di China disiasat berikutan kes penganiayaan kanak-kanak

Kongsikan Artikel Ini..!

...

Tadika di China disiasat berikutan kes penganiayaan kanak-kanak

Polis Beijing sedang menyiasat dakwaan “tingkah laku yang tidak betul terhadap kanak-kanak” tadika China yang menjadi tular sejak minggu lalu.

Kanak-kanak itu dikatakan “diganggu secara seksual, disuntik jarum dan diberi pil yang tidak dikenali,” menurut Reuters yang memetik laporan dari agensi berita Xinhua. Untuk memudahkan siasatan, rakaman pengawasan juga telah diberikan oleh pihak sekolah kepada pihak berkuasa.

Tadika di China disiasat berikutan kes penganiayaan kanak-kanak

Kredit: The Epoch Times

Ibu bapa menemui tanda suntikan jarum pada anak mereka

Dalam kes yang masih dalam siasatan ini, ibu bapa dilaporkan telah menemui tanda suntikan jarum pada sekurang-kurangnya lapan orang kanak-kanak.

Menurut berita Caixin yang berpangkalan di Beijing, seorang ibu berkata dia mendapati tanda suntikan jarum pada lengan, punggung dan dahi anaknya. Menurut Caixin lagi, polis Guanzhuang berkata pemeriksaan perubatan mengesahkan kecederaan itu disebabkan oleh jarum.

Tadika di China disiasat berikutan kes penganiayaan kanak-kanak

Kredit: Shanghaiist

Anak-anak dikatakan diganggu secara seksual

Seorang lagi ibu bapa memberitahu Caixin bahawa “pelajar yang tidak taat juga terpaksa berdiri telanjang atau dikunci di dalam bilik gelap di tadika.”

Menurut Los Angeles Times, seorang ibu bapa mengatakan anaknya telah memberitahu kepadanya bahawa lelaki telanjang itu dipanggil “pakcik doktor” dan “datuk doktor”. “Doktor” ini dikatakan akan melakukan “pemeriksaan kesihatan” terhadap mereka selepas mereka dipaksa telanjang. Apa yang membimbangkan ibu bapa lagi, “doktor” ini turut bertelanjang di hadapan kanak-kanak yang sedang menjalani hukuman. Ini juga merupakan salah satu bentuk hukuman yang kejam.

Tadika di China disiasat berikutan kes penganiayaan kanak-kanak

Kredit: Los Angeles Times

Anak-anak mengadu mereka diberi pil yang tidak dikenali

Polis juga masih menyiasat aduan daripada kanak-kanak yang diberi makan “pil putih dan sirap coklat”. Dalam satu video yang dimuat naik dalam talian, seorang bapa yang sedang memandikan anaknya meminta anaknya itu menceritakan mengenai pil putih yang dilaporkan diambil di sekolah. “Guru memberikannya kepada kami – kami perlu mengambilnya setiap hari,” kata anaknya itu yang mana pil itu menyebabkan mereka tidur.

Tadika di China disiasat berikutan kes penganiayaan kanak-kanak

Kredit: Twitter

Kanak-kanak juga didakwa diancam untuk tidak memberitahu sesiapa tentang penderaan yang dilakukan terhadap mereka

Tuduhan penganiayaan itu dilaporkan telah melibatkan dua buah kelas yang mana setiap kelas terdiri hampir 25 orang kanak-kanak dan berusia antara 2 dan 6 tahun. Kanak-kanak malang itu juga mengatakan mereka diugut bahawa “doktor” mempunyai “teleskop yang sangat panjang” yang membolehkan mereka memerhatikan kanak-kanak walaupun di rumah mereka.

Tadika di China disiasat berikutan kes penganiayaan kanak-kanak

Kredit: Caixin Global

Berita ini sememangnya mendapat perhatian ramai netizen namun perbualan atau perbincangan atas talian nampaknya telah disekat oleh pihak berkuasa tempatan. Malah dikatakan semua hashtag dan komen yang berkaitan dengan topik yang hangat ini telah dipadam dari media sosial.

Semoga ibu bapa dan anak-anak yang terlibat dalam kes ini tabah menghadapi dugaan besar seperti ini. Diharapkan pihak berkuasa akan segera menangani masalah ini di samping mengutamakan kebajikan kanak-kanak terbabit.

DMCA.com Protection Status

Kongsikan Artikel Ini..!

Comments

comments

  Dapatkan Ebook Percuma
Dapatkan Ebook Percuma
* we hate spam and never share your details.
×