Bayi dilahirkan dalam Grabcar di Singapura, bayi kedua dalam tahun ini

Bayi dilahirkan dalam Grabcar di Singapura, bayi kedua dalam tahun ini

Bagi ibu yang melahirkan anak, walaupun melalui pengalaman yang menyakitkan tetapi saat itu jugalah pengalaman yang indah dalam kehidupan mereka.

Setiap ibu, mereka pasti tidak akan melupakan pengalaman yang indah tersebut.

Cindy Lim, 37, tidak menyangka akan melahirkan anak di dalam kereta Grabcarditemani suaminya, Reuben Chow, 38, ketika dalam perjalanan ke hospital.

Bayi dilahirkan dalam Grabcar di Singapura, bayi kedua dalam tahun ini

Mohammad Mohammad Fazli, pemandu Grabcar tersebut juga terkejut apabila seorang penumpang kecil tiba-tiba ‘hadir’ di dalam keretanya.

Memetik laporan The Straits Times, pasangan suami isteri ini dalam perjalanan ke Hospital Mount Alvernia pada jam 2:40am yang mengambil masa lima hingga tujuh minit daripada tempat menunggu mereka.

Akan tetapi, selepas seminit hingga dua minit di dalam kereta, Cindy Lim telah melahirkan seorang bayi perempuan.

Bayi tersebut dinamakan sebagai Elora-Fae, merupakan bayi kedua dilahirkan dalam Grabcar dalam tempoh setahun di Singapura.

Sebelum ini, seorang bayi bernama Ahmad Luqmaan pada 12 Ogos lepas dilahirkan ketika dalam perjalanan ke hospital.

Bayi dilahirkan dalam Grabcar di Singapura, bayi kedua dalam tahun ini

Sumber: Grabcar Singapura

Satu pertemuan telah diadakan antara Mohammad Mohammad Fazli, Reuben Chow, Cindy Lim, bersama bayi mereka yang dilahirkan di dalam kereta Toyota Altis milik Mohammad Fazli.

Menceritakan kembali pengalaman bersama anak pertama dan kedua, Reuben Chow memberitahu berdasarkan pengalamannya, proses melahirkan anak mengambil masa berjam-jam.

“Saya cuba terbaik untuk kekal tenang dan fokus untuk memandu dengan selamat ke hospital. Syukur, perjalanan tidak jauh dan keadaan jalan raya adalah lancar,” kata Mohammad Fazli.

Selepas kejadian itu, Reuben Chow menawarkan bantuan membersihkan kereta Mohammad Fazli. Beliau turut berterima kasih kepada pemandunya kerana sudi membantu walaupun dalam keadaan genting.

“Kami sangat bersyukur kerana Mohammad Fazli menunggu kami dengan penuh sabar di tempat menunggu malah tidak mengarahkan kami keluar ketika kejadian itu sudah berlaku,” tambah Reuben Chow.

Dalam pertemuan tersebut, Pengarah Grabcar Singapura, Andrew Chan telah menghadiahkan baucar sebanyak RM24,213 kepada pasangan suami isteri ini serta baju bayi untuk anak mereka.

Mohammad Fazli pula telah menerima baucar minyak sebanyak RM2,421 daripada Grabcar Singapura.

 

Comments

comments

Loading...