Warna apa yang anda nampak?

Warna apa yang anda nampak?

Bersedia untuk melihat satu kontroversi epik tahun ini dan mengadakan debat mengenai warna sebenar pada gambar di bawah?

Baru-baru ini, internet menjadi lebih meriah dengan beberapa gambar ilusi optik yang menular. Gambar yang sama tetapi lain individu akan melihat lain warna di dalam gambar berkenaan.

Pelik bukan? Bagaimana perkara ini boleh terjadi ya?

Warna apa yang anda nampak?

Twitter

Dahulu, satu gambar mengenai sehelai pakaian wanita menjadi pencetus kepada fenomena ini. Dalam gambar tersebut, ada sebilangan individu yang melihat warna pakaian tersebut sebagai hitam dan biru manakala sebilangan lagi, putih dan emas.

Kemudian, seorang pengguna Reddit bernama agamiegamer telah memuat naik satu gambar perabot yang mengundang kontroversi ramai netizen.

Lihat gambar di bawah. Adakah ianya berwarna merah jambu dan putih atau biru dan kelabu?

Warna apa yang anda nampak?

Reddit/agamiegamer

Sebenarnya jawapannya bergantung pada bagaimana mata anda melihat cahaya pada gambar tersebut. Oleh sebab itu, tiada siapa yang mengetahui warna perabot ini yang sebenar melainkan tuan punya badan yang menangkap gambar itu.

Sejak gambar ini dikongsikan di Reddit, netizen mula berdebat mengenai skema warna pada perabot tersebut.

Ada yang menyatakan ianya berwarna merah jambu dan putih.

Warna apa yang anda nampak?

Sementara itu ada juga netizen yang berasa rimas dengan penularan gambar ini.

Warna apa yang anda nampak?

Bagaimana pula dengan anda? Warna apa yang anda nampak? Sila komen dan kongsikan gambar ini bersama keluarga dan rakan anda.

Comments

comments

Loading...