HATI-HATI MEMANDU DI KAWASAN LINTASAN HIDUPAN LIAR

KUALA LUMPUR

: Pengguna jalan raya diminta memberi perhatian terhadap papan tanda ‘Kawasan Lintasan Hidupan Liar’ semasa memandu di musim perayaan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Abdul Kadir Abu Hashim berkata ini bagi mengelak kehilangan nyawa manusia dan juga hidupan liar yang boleh menyumbang kepada kepupusan haiwan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian hidupan liar mati dilanggar diminta menghubungi talian hotline Perhilitan di 1-800-88-5151, katanya dalam kenyataan hari ini..

“Orang awam juga diingatkan agar jangan sesekali cuba mengambil mana-mana bahagian hidupan liar yang dijumpai telah mati kerana tindakan tersebut adalah salah di sisi undang-undang,” katanya.

Comments

comments

Loading...
We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply