Setelah booking menerusi aplikasi, lelaki ini terkejut setelah kenderaan yang dibookingnya adalah…

Perkhidmatan perjalanan zaman ini seperti Uber dan Grab adalah salah satu perkhidmatan yang menjadi pilihan ramai pengguna kerana ianya sangat efisien, cepat dan menjimatkan kos. Kini, seluruh dunia memiliki perkhidmatan seperti ini dengan syarikat-syarikat yang berlainan.

Di China baru-baru ini, seorang netizen yang dikenali dengan nama XimiKKb di laman Weibo telah menggunakan aplikasi perkongsian perjalanan yang dikenali sebagai didialift apabila dia dan rakan-rakannya telah terlepas menaiki keretapi dari Hangzhou ke Shanghai.

Tempahan untuk perkhidmatan tersebut diterima dan lelaki ini serta rakan-rakannya hanya perlu menunggu kenderaan tersebut yang disenaraikan dengan nama Kia tiba dan mengambil mereka.

Tidak lama selepas itu, sebuah kenderaan muncul dan mengejutkan ia bukan kenderaan biasa tetapi merupakan sebuah van ambulans!

Keliru dan masih terkejut, XimiKKb membuat pengesahan dengan pemandu tersebut sama ada dia adalah pemandu yang mereka tempah dan ianya benar-benar berlaku.. Mereka kemudiannya menaiki van ambulans dan mendapati di dalamnya tiada satu pun kelengkapan serta peralatan perubatan.

XimiKKb telah memuatnaik beberapa gambar di akaun media sosialnya dan ia terus menjadi tular. Seorang netizen sempat bergurau dengan memberi komen, “Anda pasti tidak akan tersekat dalam kesesakan lalu lintas jika menaiki ambulans ini!”.

Penularan insiden ini menyebabkan pihak hospital segera melakukan siasatan kerana khuatir sekiranya salah satu van mereka telah disalahgunakan. Pihak hospital kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa van ambulans tersebut adalah van yang baru dan sepatutnya dihantar ke bengkel untuk proses pengubahsuaian.

Kredit: Chinatimes

Comments

comments

Loading...
We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply