Tips penting bagi memastikan komputer riba anda tidak mudah rosak

Tips penting bagi memastikan komputer riba anda tidak mudah rosak

Komputer riba merupakan barangan teknologi yang digunakan oleh hampir semua individu terutamanya pelajar dan pekerja. Walaupun kita menggunakan komputer riba setiap hari, sebenarnya terdapat beberapa perkara kecil yang boleh membuatkan komputer riba menjadi rosak.

Bagi membantu komputer riba anda tahan lama, ikuti 13 cara ini.

#1 Jauhkan binatang peliharaan daripada komputer riba anda

Tips penting bagi memastikan komputer riba anda tidak mudah rosak

Kredit: © Imgur

Anda mungkin berasa gembira apabila kucing anda yang inginkan belaian kasih sayang memanjat meja dan tidur di atas komputer riba. Akan tetapi, jangan sesekali galakkan tingkahlaku seperti ini.

Kucing sememangnya tertarik dengan suhu panas pada komputer riba namun jika dibiarkan, bulu-bulu mereka mungkin akan memasuki sistem kipas komputer riba sekali gus menyebabkan kepanasan melampau dan merosakkan fungsinya.

Anda juga tidak boleh untuk makan di hadapan komputer riba. Hal ini kerana sisa makanan yang jatuh pada papan kekunci boleh menarik perhatian lipas dan semut.

#2 Alihkan komputer riba dengan berhati-hati

Tips penting bagi memastikan komputer riba anda tidak mudah rosak

Kredit: © Depositphotos

Jika komputer riba anda tidak mempunyai fungsi penyimpanan data Solid-State Drive(SSD), anda perlu sentiasa mengalihkan komputer riba dengan penuh hati-hati. Pemacu keras (hard disk) mudah rosak kerana ia mempunyai banyak bahagian bergerak yang mudah patah.

Jika tidak dijaga dengan betul, semua data dalam komputer riba anda mungkin akan hilang.

#3 Gulung kabel dengan baik

Tips penting bagi memastikan komputer riba anda tidak mudah rosak

Kredit: © Pixabay

Ya, kabel komputer riba hanya mengandungi wayar dan gelung getah dan anda merasakan tiada sebarang kerosakan teruk akan berlaku kepada komputer anda. Memandangkan pengguna mahu menggunakan komputer riba ke mana sahaja, kabelnya dijadikan dalam bentuk yang nipis dan ringan serta boleh digulung.

Namun harus anda ingat, jangan sesekali menggulung kabel di sekeliling bucu tajam dan jangan menegangkan kabel tersebut ketika mengecas komputer riba anda. Ini akan menyebabkan kelemahan fungsi plag dan masalah pengecasan.

#4 Dilarang mengecas komputer riba sepanjang hari

Tips penting bagi memastikan komputer riba anda tidak mudah rosak

Kredit: © Depositphotos

Secara teknikalnya, anda tidak boleh terlebih cas bateri komputer riba anda kerana model terbaru alat ini menggunakan bateri lithium-ion. Alat kawalan mikro yang berfungsi menghalang daripada terlebih cas boleh rosak dan menyebabkan bateri menjadi panas melampau.

#5 Buka dan tutup komputer riba dengan perlahan

Tips penting bagi memastikan komputer riba anda tidak mudah rosak

Kredit: © Depositphotos

Anda tidak boleh membuka komputer riba dengan memegang paparan skrin kerana ia merupakan bahagian yang paling mudah pecah. Jika anda memegang pada bahagian bucu, tekanan pada bahagian tersebut boleh mengakibatkan ianya membengkok dan patah.

Jadi, buka dan tutup komputer riba anda dengan berhati-hati sambil memegang di bahagian tengah.

#6 Gunakan kipas komputer

Tips penting bagi memastikan komputer riba anda tidak mudah rosak

Kredit: © Pexels

Dicipta untuk mudah dibawa ke mana sahaja, kita sering meletakkan komputer riba di atas riba setiap masa. Tindakan ini boleh menyekat saluran pengudaraan dan menyebabkan bateri menjadi terlampau panas.

#7 Jauhkan daripada magnet

Tips penting bagi memastikan komputer riba anda tidak mudah rosak

Kredit: © Pexels

Semua pemacu keras mempunyai magnet yang digunakan untuk penyimpanan data. Apabila anda meletakkan komputer riba berdekatan dengan magnet yang berkuasa tinggi, ia boleh mengakibatkan gangguan dan kehilangan data.

#8 Tutup pengecas dengan betul

Tips penting bagi memastikan komputer riba anda tidak mudah rosak

Kredit: © Pexels

Pergerakan yang terlalu agresif ketika mencabut kabel daripada komputer riba bukan sahaja boleh merosakkan plag tetapi juga menyebabkan masalah pengecasan.

#9 Gunakan beg khas untuk menyimpan komputer riba

Tips penting bagi memastikan komputer riba anda tidak mudah rosak

Kredit: © Depositphotos

Pembalut atau beg komputer riba perlu mempunyai tekstur yang lembut dan tiada bucu tajam. Alat mekanisma di dalam komputer riba akan mudah rosak jika anda membawanya di dalam beg yang dipenuhi dengan barangan lain.

#10 Bersihkan skrin dengan berhati-hati

Tips penting bagi memastikan komputer riba anda tidak mudah rosak

Kredit: © Depositphotos

Kain dan air adalah dua medium yang dilarang dalam membersihkan komputer riba anda. Sebaiknya, gunakan kain mikrofiber dan pembersih khas untuk komputer riba.

Pastikan anda tidak menekan skrin dengan terlalu kuat.

#11 Matikan komputer riba anda jika tidak digunakan

Tips penting bagi memastikan komputer riba anda tidak mudah rosak

Kredit: © Pexels

Jangan sesekali membiarkan komputer riba anda terpasang sepanjang hari tanpa menggunakannya. Hal ini akan menyebabkan kerosakan pada pemacu keras dan juga sistem penyejukan komputer anda.

Jika anda perlu menggunakan komputer riba beberapa kali dalam sehari, gunakan mod Sleep.

#12 Jauhkan sebarang cecair daripada komputer

Tips penting bagi memastikan komputer riba anda tidak mudah rosak

Kredit: © Pxhere

Kita sering membuat kerja di hadapan komputer sambil menikmati secawan kopi atau milo panas. Namun apa yang anda tidak tahu adalah, wap daripada air yang panas boleh menyebabkan kerosakan pada komputer walaupun anda tidak menumpahkannya.

Bagi mengelakkan skrin komputer menjadi rosak, tutup air panas anda.

#13 Minta pakar untuk menguji komputer riba anda

Tips penting bagi memastikan komputer riba anda tidak mudah rosak

Kredit: © Shutterstock

Jika komputer riba anda mengalami masalah software yang agak serius, minta bantuan pakar untuk membaikinya. Jangan sesekali membeli USB yang dikatakan boleh menguji komputer riba.

Kebiasaannya, USB ini mengandungi kapasitor yang akan meningkatkan cas sebaik sahaja anda memasukkannya ke dalam komputer dan membebaskan kesemua kuasa kembali pada komputer riba anda sekali gus merosakkannya.

Comments

comments

Loading...