13 Filem yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia menjelang 2018!

13 Filem yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia menjelang 2018!

Bagi penggemar filem, pastinya tidak sabar menantikan filem-filem terbaru yang bakal ditayangkan menjelang tahun 2018. Pasti ada antara anda yang telah menanda kalender atau diari supaya tidak terlepas menonton filem-filem yang bakal ditayangkan.

Jika tahun 2017 anda telah disajikan telah pelbagai genre filem terbaik dari dalam dan luar negara maka 2018 pastinya menjadi tahun yang lebih menyeronokkan.

Bagi yang tertanya-tanya filem apa yang bakal ditayangkan pada 2018, ini dia senarai 13 filem yang dijadualkan akan ditayangkan di pawagam-pawagam Malaysia pada tahun hadapan. Selamat menonton!

1. Insidious: The Last Key

13 Filem yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia menjelang 2018!

Bahasa: Inggeris
Genre: Seram / Mistik
Tarikh Tayangan: 4 Januari 2018
Format: 2D
Pelakon: Lin Shaye, Hana Hayes, Leigh Whannell, Angus Sampson
Pengarah: Adam Robitel
Sinopsis: Mengambil tempat selepas “Chapter 3”, filem ini kembali ke permulaan parapsikologis Elise Rainer, ketika pengembaraannya untuk mencari seseorang yang memburu dirinya baru bermula.

2. Maze Runner: The Death Cure

13 Filem yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia menjelang 2018!

Bahasa: Inggeris
Genre: Sains Fiksyen
Tarikh Tayangan: 26 Januari 2018
Format: 2D
Pelakon: Dylan O’Brien, Kaya Scodelario, Thomas-Bordie Sangster, Ki Hong Lee, Patricia Clarkson, Dexter Darden
Pengarah: Wess Ball
Sinopsis: Thomas dan beberapa gladers lain kali ini melalui satu misi yang sangat bahaya. Untuk menyelamatkan rakan-rakan, mereka perlu memasuki Last City, iaitu labirin yang dikendalikan oleh WICKED yang mungkin menjadi maze yang paling dahsyat.

3. Marvel’s Black Panther

13 Filem yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia menjelang 2018!

Bahasa: Inggeris
Genre: Sains Fiksyen
Tarikh Tayangan: 16 Februari 2018
Format: 2D
Pelakon: Chadwick Boseman, Michael B.Jordan, Lupita Nyong’o
Pengarah: Ryan Coogler
Sinopsis: Filem ini mengisahkan seorang Putera Wakanda, T’ Challa, yang mengambil alih black panther, setelah bapanya mati dibunuh. Filem ini adalah spin-off kepada filem Captain America: Civil War yang ditayangkan pada tahun 2016 lalu.

4. Fifty Shades Freed

13 Filem yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia menjelang 2018!

Bahasa: Inggeris
Genre: Drama / Romantik
Tarikh Tayangan: 8 Februari 2018
Format: 2D
Pelakon: Dakota Johnson, Jamie Dornan, Kim Basinger, Arielle Kebbel, Brant Daugherty, Luke Grimes
Pengarah: James Foley
Sinopsis: Filem ini adalah kesinambungan cerita kepada filem ‘Fifty Shades Darker’. Watak utama filem ini iaitu Christian dan Ana kini sudah berkahwin. Namun, hidup Ana terancam apabila bekas majikannya, Jack Hyde, bersumpah untuk membalas dendam kerana dipecat dari SIP. Elena pula kembali menghantui Christian yang menyebabkan hubungan pasangan suami isteri itu menjadi lebih sukar.

5. A Wrinkle In Time

13 Filem yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia menjelang 2018!

Bahasa: Inggeris
Genre: Fantasi
Tarikh Tayangan: 9 Mac 2018
Format: 2D
Pelakon: Storm Reid, Oprah Winfrey, Reese Whiterspoon, Mindy Kaling, Chris Pine
Pengarah: Ava Duvernay
Sinopsis: Filem ini menceritakan kisah Meg Murry, seorang gadis sekolah menengah yang dibawa dalam pengembaraan melalui masa dan ruang dengan adiknya, Charles Wallace dan rakannya, Calvin O’Keefe untuk menyelamatkan bapanya, seorang saintis berbakat daripada kuasa-kuasa jahat yang menahannya di planet lain.

6. Tomb Raider

13 Filem yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia menjelang 2018!

Bahasa: Inggeris
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 15 Mac 2018
Format: 2D
Pelakon: Alicia Vikander, Walter Goggins, Daniel Wu, Dominic West, Hannah John-Kamen
Pengarah: Roar Uthaug
Sinopsis: Filem ini menceritakan tentang ekspedisi pertama Lara Croft, di mana dia pergi untuk menyelesaikan penyelidikan ayahnya dan mendedahkan rahsia kuno yang mampu membersihkan namanya.

7. Marvel’s Avengers: Infinity War

13 Filem yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia menjelang 2018!

Bahasa: Inggeris
Genre: Aksi / Sains Fiksyen
Tarikh Tayangan: 26 April 2018
Format: 2D
Pelakon: Robert Downey Jr, Josh Brolin, Mark Ruffalo, Tom Hiddleston, Chris Evans, Chris Hemsworth, Chris Pratt, Elizabeth Olsen, Sebastian Stan, Benedict Cumberbatch, Paul Bettany
Pengarah: Joe Russo, Anthony Russo
Sinopsis: Filem ini adalah bahagian pertama kepada daripada dua sekuel sebelum ini. Ia menampilkan Thanos sebagai antagonis dan peneraju utama. Ia berkisarkan Infinity Gauntlet dan enam Infinity Stones.

8. Deadpool 2

13 Filem yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia menjelang 2018!

Bahasa: Inggeris
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 31 Mei 2018
Format: 2D
Pelakon: Ryan Renolds, Morena Baccarin, T.J Millier
Pengarah: David Leitch
Sinopsis: Masih dirahsiakan.

9. Jurassic World: Fallen Kingdom

13 Filem yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia menjelang 2018!

Bahasa: Inggeris
Genre: Sains Fiksyen
Tarikh Tayangan: 22 Jun 2018
Format: 2D
Pelakon: Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Jeff Goldblum, B.D Wong, James Cromwell
Pengarah: J. A. Bayona
Sinopsis: Masih dirahsiakan.

10. The Nun

13 Filem yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia menjelang 2018!

Bahasa: Inggeris
Genre: Seram / Misteri
Tarikh Tayangan: 12 Julai 2018
Format: 2D
Pelakon: Taissa Farmiga, Demian Bichir, Bonnie Aarons
Pengarah: Corin Hardy
Sinopsis: Filem ini adalah merupakan spin off kepada filem The Conjuring 2.

11. The Incredibles 2

13 Filem yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia menjelang 2018!

Bahasa: Inggeris
Genre: Aksi / Animasi
Tarikh Tayangan: 14 Jun 2018
Format: 2D
Pelakon: Holly Hunter, Samuel L. Jackson
Pengarah: Brad Bird
Sinopsis: Filem ini masih menceritakan mengenai sebuah keluarga yang mempunyai super power. Mereka dipaksa untuk menyembunyikan kekuatan yang mereka miliki dan hidup sebagai manusia normal. Dalam masa yang sama mereka terpaksa menyelamatkan dunia daripada kuasa jahat.

12. Wheely

13 Filem yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia menjelang 2018!

Bahasa: Malaysia
Genre: Aksi komedi
Tarikh Tayangan: Mac 2018
Format: 3D
Pelakon: Belum diketahui
Pengarah: Dato’ Norman Abdul Halim
Sinopsis: Ianya mengisahkan watak “Wheely” sebagai teksi yang dipandang rendah oleh komunitinya dan terpaksa berdepan dengan sindiket jenayah yang menculik kenderaan-kenderaan mewah iaitu kenderaan import yang dimiliki oleh golongan elit di bandaraya tersebut.

13. Polis Evo 2

13 Filem yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia menjelang 2018!

Bahasa: Malaysia
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan:
Format: 2D
Pelakon: Zizan Razak, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Raline Shah, Erra Fazira
Pengarah: Joel Soh
Sinopsis: Kesinambungan kepada Polis Evo yang pertama.

Comments

comments

Loading...