Adik Beradik Dirantai Di Katil Jadi Tebusan Ibu Bapa

BEBAS… Polis berjaya menyelamatkan 13 beradik berusia antara dua dan 29 tahun, sebahagian daripada mereka dirantai pada katil, dari sebuah rumah semalam, manakala ibu bapa mereka didakwa dengan tuduhan mendera.

Kejadian disedari selepas gadis berusia 17 tahun berjaya melepaskan diri dari rumah di Peris, 113 kilometer ke timur Los Angeles dan menggunakan telefon selular yang ditemui dalam rumah itu untuk menghubungi polis, kata Pejabat Sherif Daerah Riverside dalam kenyataan yang disiarkan atas talian .

“Pihak berkuasa mengesan apa yang dipercayai 12 kanak-kanak di dalam rumah itu, tetapi terkejut mendapati tujuh daripada mereka sudah dewasa.

“Mangsa kekurangan zat makanan dan amat kotor,” kata polis dalam kenyataan.

Gadis berkenaan, yang pada awalnya disangka berusia 10 tahun, menghubungi polis kelmarin selepas berjaya melepaskan diri.

Ibu bapa mereka, David Allen Turpin, 57, dan Louise Anna Turpin, 49, ditahan dan setiap seorang didakwa dengan sembilan tuduhan mendera dan 10 tuduhan membahayakan kanak-kanak.

Mereka diarah ditahan dengan ikat jamin AS$9 juta (RM35 juta).

Enam daripada anak pasangan itu masih di bawah umur, manakala tujuh lagi sudah berusia lebih 18 tahun.

Mangsa memberitahu pegawai mereka kelaparan, kata polis.

Kenyataan polis tidak menyebut secara terperinci motif ibu bapa menjadikan anak sendiri sebagai tebusan, jurucakap polis berkata beliau tidak mempunyai maklumat lanjut.

Pasangan suami isteri itu dijangka dihadapkan ke mahkamah Khamis ini. –Reuters/BH ONLINE

Comments

comments

Loading...